Jumaat, 4 Januari 2013

Ucapan Tahniah kepada Timbalan PPD Selatan

Assalamualaikum...

Ucapan tahniah kepada Timbalan PPD Selatan, En. Ahmad Ezzat bin Ismail atas kenaikan pangkat sebagai Tuan Pengetua SMK Tun Hussein Onn dan ucapan tahniah juga kepada En. Mahamad Fauzi bin Saad atas lantikan sebagai Tuan Timbalan PPD Selatan 2013.

Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 kepada Pegawai-pegawai PPD Selatan dan semua staff PPD Selatan. Semoga tahun baru ini lebih membawa kecemerlangan dalam mencapai dasar-dasar kerajaan.

Kepada semua guru LINUS dan guru Pemulihan Khas LINUS di PPD Selatan, ucapan Selamat Tahun Baru 2013 daripada kami FasiLINUS PPD Selatan. Semoga kerjasama dan usaha kita pada tahun ini akan membawa kecemerlangan kepada sekolah dan daerah kita.

Khamis, 3 Januari 2013

Tarikh-tarikh Saringan LINUS Tahun 2013

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru. Berikut adalah tarikh-tarikh saringan LINUS bagi Tahun 2013 yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan. Pada tahun 2013, hanya dua saringan sahaja akan dijalankan kepada murid-murid Tahun 1(Kohort 4), Tahun 2(Kohort 3) dan Tahun 3(Kohort 2).

Saringan 1

Bacaan/Lisan = 11 Mac - 19 April 2013

Bertulis          = 22 April - 30 April 2013

Data              = 6 Mei - 17 Mei 2013


Saringan 2

Bacaan/Lisan = 2 September - 27 September 2013

Bertulis          = 30 September - 11 Oktober 2013

Data              = 16 Oktober - 25 Oktober 2013

Pencapaian LINUS Kohort 3, Saringan 3 Tahun 2012



Pencapaian LINUS Kohort 2, Saringan 6 Tahun 2012



Rabu, 2 Januari 2013

Perbandingan Peringkat Nasional Kohort 1, 2012


Kursus Bina Bahan P & P LINUS

Tarikh : 23 & 24 Oktober 2012

Sasaran : 39 orang guru Literasi dan Numerasi Tahun 2

Fokus : Menghasilkan BBM untuk pengajaran dan pembelajaran LINUS di dalam bilik darjah.





Kursus Kelestarian Program LINUS dalam Arus Perdana

Tarikh : Fasa 1 (Literasi) = 1 - 2 Oktober 2012
            Fasa 2 (Numerasi) = 9 - 10 Oktober 2012

Sasaran : Seorang guru Bahasa Melayu dan seorang guru Matematik Tahun 3 bagi setiap sekolah rendah.

Fokus : Memberi pendedahan kepada guru Literasi dan Numerasi tentang konsep penggabungjalinan kemahiran LINUS terhadap murid arus perdana.




Program Outreach Pengesanan dan Pengesahan Kes Murid Bermasalah Pembelajaran

Tarikh : 2 September 2012

Tempat : Klinik Kesihatan Bukit Panchor, SPS

Sasaran : 3 orang murid LINUS Tegar Kohort 1 dan 25 orang murid LINUS Tegar Kohort 2

Fokus : Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran akan disahkan oleh pegawai perubatan yang memeriksa dan akan didaftarkan terus kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk kad OKU.

Hasil Pemeriksaan :
a) Borang pengesahan untuk memilih kad OKU dikeluarkan pada 9 orang murid.
b) Rujukan untuk intervensi lanjutan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Psikologi, Jabatan Pemulihan Cara Kerja, Opthomologist, ENT dan Paeditrition seramai 14 orang murid.
c) Pemeriksaan Normal hanya seorang murid.



Program Merekayasa LINUS PPDS

Tarikh : 11 - 14 Jun 2012

Tempat : SK Bakap Indah

Fokus : Memantapkan P&P LINUS dan bimbingan berfokus kepada murid LINUS.




Program Pecutan Akhir LINUS Kohort 1, JPN-PPD

Tarikh : Fasa 1 = 4 - 6 September 2012
            Fasa 2 = 18 - 20 September 2012
            Fasa 3 = 25 - 26 September 2012

Sasaran : 34 orang murid kategori LINUS Kohort 1, Tahun 3

Fokus : Memberi bimbingan dan membantu secara dekat kepada setiap murid kategori LINUS Kohort 1, Tahun 3