Isnin, 24 Oktober 2011

Kem LINUS 2011 PPD Selatan

Tarikh : 4 dan 5 Oktober 2011
Tempat : SK Bakap Indah
Penyertaan : 2 orang tenaga pakar dari USM PP, 27 orang murid LINUS Tegar, 6 orang JU, 19 orang guru pengiring.

Terdapat 7 aktiviti telah dilaksanaan dalam kem ini. Iaitu 4 aktiviti pada hari pertama dan 3 aktiviti pada hari kedua. Kesemua aktiviti tersebut diatur oleh 2 orang tenaga pakar dari USM iaitu Dr. Aznan dan Dr. Zuri. Beliau berdua merupakan pakar dalam bidang Pendidikan Khas. Segala aktiviti yang disediakan adalah bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan murid LINUS Tegar PPD Selatan.












Peranan JU dan guru pengiring tidak dilupakan kerana mereka semualah yang telah menjayakan kem ini. Bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi telah disumbangkan, tanpa mereka kem ini tidak akan berseri. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan kem LINUS ini. Semoga anak didik kita akan berjaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.