Khamis, 21 Mac 2013

Program LINUS 2.0

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2013 BERTARIKH 20 FEBRUARI 2013

PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI SERTA PELAKSANAAN LITERASI BAHASA INGGERIS MULAI TAHUN 2013

Tatacara pelaksanaan dan takrifan tahap penguasaan murid untuk LINUS 2.0 mulai Tahun 2013, adalah seperti berikut:

* Semua murid perlu menduduki DUA SARINGAN setiap tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 3 mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

* Murid akan dikategorikan kepada MENGUASAI dan TIDAK MENGUASAI. Mereka tidak lagi dilabelkan sebagai murid Arus Perdana, LINUS dan LINUS Tegar.

* Murid MENGUASAI ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstruk 12 pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan