Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Semoga pada tahun nie semua guru dapat menjalankan tugas mendidik dan membimbing anak-anak yang telah diamanahkan oleh ibu bapa kepada kita dengan seikhlas hati.

Jasamu akan sentiasa dikenang sampai akhir hayat...harimau mati tinggalkan belang, manusia meninggal, tinggalkan nama...panggilan GURU itu sentiasa disebut walaupun kita tiada...itulah murninya manusia yang bergelar GURU...

SELAMAT HARI GURU.....

Khamis, 11 April 2013

Sesi Perjumpaan Ownership LINUS Daerah dengan Ownership LINUS Sekolah

Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)

Tempat : Dewan Seminar PPDS

Sasaran : Semua Guru Besar di sekolah-sekolah di Seberang Perai Selatan

Objektif :
1) Perbentangan Data Literasi dan Numerasi S6, Tahun 2012
2) Menyebarkan maklumat tentang Program LINUS 2.0
3) Konsep Pelaksanaan LINUS 2.0, NKRA 2013
4) Isu/masalah pelaksanaan Program LINUS 2.0 di sekolah
5) Penyerahan Instrumen Saringan 1 (Menulis & Bertulis)

Selasa, 2 April 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja LINUS Daerah PPDS

Tarikh : 11 Jun 2013 (Selasa)

Sasaran :
Ownership LINUS Daerah (Tn. PPD/Timb. PPD)
AJK LINUS Daerah PPDS 2013
  • Ketua Unit Akademik
  • Pegawai Meja LINUS Daerah
  • Pegawai FasiLINUS
  • Pegawai Pemulihan/Pendidikan Khas
  • Pegawai LDP
  • Penolong Akauntan Daerah
  • Penyelia Sekolah Rendah
  • Pengerusi NGB (SK, SJKC dan SJKT)
  • Pengerusi Kelompok R20 & R21

Taklimat Pengumpulan dan Penyelarasan Data LINUS Saringan 1, 2013

Tarikh Portal NKRA dibuka : 6 Mei - 17 Mei 2013
Tarikh : 14 Mei 2013 (Selasa)
Sasaran : 39 orang SU LINUS sekolah PPDS

Mohon kerjasama SU LINUS sekolah membuat pemantauan kemasukan data Saringan 1 oleh guru-guru LINUS di sekolah masing-masing sebelum datang ke taklimat. Surat akan diedarkan ke sekolah.

Khamis, 21 Mac 2013

Sistem Pengurusan Fail LINUS

Pengurusan Sistem Fail LINUS PPD Selatan yang merujuk kepada Buku Panduan dan Pengoperasian Program Literasi dan Numerasi (LINUS), terbitan KPM Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011.

FAIL INDUK (LITERASI & NUMERASI)
600-5/2/01 : JAWATANKUASA LINUS
600-5/2/03 : MINIT MESYUARAT

FAIL GURU LINUS
600-5/2/02 : KONSEP (LITERASI TAHUN 1)
                  : KONSEP (LITERASI TAHUN 2)
                  : KONSEP (LITERASI TAHUN 3)
                  : KONSEP (NUMERASI TAHUN 1)
                  : KONSEP (NUMERASI TAHUN 2)
                  : KONSEP (NUMERASI TAHUN 3)

600-5/2/04 : DATA (LITERASI TAHUN 1)
                  : DATA (LITERASI TAHUN 2)
                  : DATA (LITERASI TAHUN 3)
                  : DATA (NUMERASI TAHUN 1)
                  : DATA (NUMERASI TAHUN 2)
                  : DATA (NUMERASI TAHUN 3)

600-5/2/05 : MURID (LITERASI TAHUN 1)
                  : MURID (LITERASI TAHUN 2)
                  : MURID (LITERASI TAHUN 3)
                  : MURID (NUMERASI TAHUN 1)
                  : MURID (NUMERASI TAHUN 2)
                  : MURID (NUMERASI TAHUN 3)

* FAIL KES MURID YANG BERMASALAH

Email Pegawai FasiLINUS PPDS

Salam, berikut adalah email Pegawai FasiLINUS PPD Selatan. Jika perlukan bantuan/pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS. Insyaalah, kami akan membalasnya.

Pegawai FasiLINUS (Kelompok R20)

1) Pn. Radziah binti Saidin (Literasi)
    email : radziahppds@gmail.com

2) Pn. Nor Asiah binti Mohamed (Numerasi)
    email : nasiahppds@gmail.com

Pegawai FasiLINUS (Kelompok R21)

1) Hj. Md. Radzi bin Abdullah (Literasi)
    email : radzippds@gmail.com

2) Hj. Ahmad Nizar bin Abdullah (Numerasi)
    email : anizarppds@gmail.com

Program LINUS 2.0

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2013 BERTARIKH 20 FEBRUARI 2013

PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI SERTA PELAKSANAAN LITERASI BAHASA INGGERIS MULAI TAHUN 2013

Tatacara pelaksanaan dan takrifan tahap penguasaan murid untuk LINUS 2.0 mulai Tahun 2013, adalah seperti berikut:

* Semua murid perlu menduduki DUA SARINGAN setiap tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 3 mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

* Murid akan dikategorikan kepada MENGUASAI dan TIDAK MENGUASAI. Mereka tidak lagi dilabelkan sebagai murid Arus Perdana, LINUS dan LINUS Tegar.

* Murid MENGUASAI ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstruk 12 pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

Modul Literasi dan Numerasi

Salam, dimaklumkan bahawa pada Tahun 2013 modul LINUS mungkin tidak akan dibekalkan. Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh download modul LINUS di Lawan Web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dibawah LINUS 2.0.

Terima kasih.

Taklimat Pelaksanaan dan Pentadbiran LINUS Saringan 1 bagi Murid Tahun 1, 2 dan 3

Tarikh   : 21 Mac 2013
Masa    : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Seminar, PPDS

Sasaran : 39 orang SU LINUS sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan

Objektif : 
a) Memberi taklimat tentang pelaksanaan dan pentadbiran Instrumen Saringan LINUS.
b) Pengurusan sistem fail LINUS 2013
c) Maklumat Guru LINUS 2013
d) Pengurusan Am LINUS 2.0 2013

Ucapan Tahniah dan Selamat Bertugas

Salam, ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Pn. Radziah Bt. Saidin kerana telah dilantik sebagai Pegawai FasiLINUS Literasi yang baru. Harapan warga PPDS supaya dengan adanya Pn. Radziah, Program LINUS Tahun 2013 di PPDS akan lebih mantap dan lebih berjaya.

Jumaat, 4 Januari 2013

Ucapan Tahniah kepada Timbalan PPD Selatan

Assalamualaikum...

Ucapan tahniah kepada Timbalan PPD Selatan, En. Ahmad Ezzat bin Ismail atas kenaikan pangkat sebagai Tuan Pengetua SMK Tun Hussein Onn dan ucapan tahniah juga kepada En. Mahamad Fauzi bin Saad atas lantikan sebagai Tuan Timbalan PPD Selatan 2013.

Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 kepada Pegawai-pegawai PPD Selatan dan semua staff PPD Selatan. Semoga tahun baru ini lebih membawa kecemerlangan dalam mencapai dasar-dasar kerajaan.

Kepada semua guru LINUS dan guru Pemulihan Khas LINUS di PPD Selatan, ucapan Selamat Tahun Baru 2013 daripada kami FasiLINUS PPD Selatan. Semoga kerjasama dan usaha kita pada tahun ini akan membawa kecemerlangan kepada sekolah dan daerah kita.

Khamis, 3 Januari 2013

Tarikh-tarikh Saringan LINUS Tahun 2013

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru. Berikut adalah tarikh-tarikh saringan LINUS bagi Tahun 2013 yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan. Pada tahun 2013, hanya dua saringan sahaja akan dijalankan kepada murid-murid Tahun 1(Kohort 4), Tahun 2(Kohort 3) dan Tahun 3(Kohort 2).

Saringan 1

Bacaan/Lisan = 11 Mac - 19 April 2013

Bertulis          = 22 April - 30 April 2013

Data              = 6 Mei - 17 Mei 2013


Saringan 2

Bacaan/Lisan = 2 September - 27 September 2013

Bertulis          = 30 September - 11 Oktober 2013

Data              = 16 Oktober - 25 Oktober 2013

Pencapaian LINUS Kohort 3, Saringan 3 Tahun 2012



Pencapaian LINUS Kohort 2, Saringan 6 Tahun 2012



Rabu, 2 Januari 2013

Perbandingan Peringkat Nasional Kohort 1, 2012


Kursus Bina Bahan P & P LINUS

Tarikh : 23 & 24 Oktober 2012

Sasaran : 39 orang guru Literasi dan Numerasi Tahun 2

Fokus : Menghasilkan BBM untuk pengajaran dan pembelajaran LINUS di dalam bilik darjah.





Kursus Kelestarian Program LINUS dalam Arus Perdana

Tarikh : Fasa 1 (Literasi) = 1 - 2 Oktober 2012
            Fasa 2 (Numerasi) = 9 - 10 Oktober 2012

Sasaran : Seorang guru Bahasa Melayu dan seorang guru Matematik Tahun 3 bagi setiap sekolah rendah.

Fokus : Memberi pendedahan kepada guru Literasi dan Numerasi tentang konsep penggabungjalinan kemahiran LINUS terhadap murid arus perdana.




Program Outreach Pengesanan dan Pengesahan Kes Murid Bermasalah Pembelajaran

Tarikh : 2 September 2012

Tempat : Klinik Kesihatan Bukit Panchor, SPS

Sasaran : 3 orang murid LINUS Tegar Kohort 1 dan 25 orang murid LINUS Tegar Kohort 2

Fokus : Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran akan disahkan oleh pegawai perubatan yang memeriksa dan akan didaftarkan terus kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk kad OKU.

Hasil Pemeriksaan :
a) Borang pengesahan untuk memilih kad OKU dikeluarkan pada 9 orang murid.
b) Rujukan untuk intervensi lanjutan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Psikologi, Jabatan Pemulihan Cara Kerja, Opthomologist, ENT dan Paeditrition seramai 14 orang murid.
c) Pemeriksaan Normal hanya seorang murid.



Program Merekayasa LINUS PPDS

Tarikh : 11 - 14 Jun 2012

Tempat : SK Bakap Indah

Fokus : Memantapkan P&P LINUS dan bimbingan berfokus kepada murid LINUS.




Program Pecutan Akhir LINUS Kohort 1, JPN-PPD

Tarikh : Fasa 1 = 4 - 6 September 2012
            Fasa 2 = 18 - 20 September 2012
            Fasa 3 = 25 - 26 September 2012

Sasaran : 34 orang murid kategori LINUS Kohort 1, Tahun 3

Fokus : Memberi bimbingan dan membantu secara dekat kepada setiap murid kategori LINUS Kohort 1, Tahun 3