Isnin, 21 April 2014

Tarikh Saringan 1 (Bertulis) Tahun 2014

Makluman untuk semua guru.

Saringan 1 (Bertulis) dijadualkan pada,

21 April 2014 - 30 April 2014

Mohon kerjasama semua guru untuk menjalankan saringan bertulis seperti yang dijadualkan. Terima kasih.

Khamis, 9 Januari 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Ahmad Nizar Bin Salleh (Pegawai FasiLINUS Numerasi) Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan

Tarikh : 30 Disember 2013
Tempat : Bukit Jawi Golf Resort, S.P.S
Penglibatan : Semua Pegawai dan Staf PPD Selatan







Tarikh : 31 Disember 2013
Tempat : Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah S.P.S
Penglibatan : Semua Pegawai dan Staf PPD Selatan






Majlis Persaraan Tn. Haji Ahmad Nizar Bin Salleh (FasiLINUS Numerasi) Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 26 Disember 2013
Tempat : The Ridge, Batu Kawan
Penglibatan : Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Selatan, Pegawai Meja LINUS JPN Pulau Pinang dan Pegawai FasiLINUS JPN Pulau Pinang

Tn. Hj. Ahmad Nizar bersama En. Zainuddin (Peg. Meja LINUS JPN PP)
Tn. Hj. Ahmad Nizar menerima cenderahati persaraan daripada En. Mohd. Rizal (KU Akademik PPDS)

Ucapan dan kata-kata hikmat Tn. Haji sebelum melangkah ke alam persaraan.

Bergambar bersama rakan sekerja di Daerah Selatan, Tn. Hj. Md Radzi (FasiLINUS Literasi) dan Pn. Radziah (FasiLINUS Literasi)

Gambar kenang-kenangan bersama Pegawai FasiLINUS Negeri Pulau Pinang.

Gambar kenang-kenangan bersama Pegawai FasiLINUS (Wanita) Negeri Pulau Pinang.

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Semoga pada tahun nie semua guru dapat menjalankan tugas mendidik dan membimbing anak-anak yang telah diamanahkan oleh ibu bapa kepada kita dengan seikhlas hati.

Jasamu akan sentiasa dikenang sampai akhir hayat...harimau mati tinggalkan belang, manusia meninggal, tinggalkan nama...panggilan GURU itu sentiasa disebut walaupun kita tiada...itulah murninya manusia yang bergelar GURU...

SELAMAT HARI GURU.....

Khamis, 11 April 2013

Sesi Perjumpaan Ownership LINUS Daerah dengan Ownership LINUS Sekolah

Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)

Tempat : Dewan Seminar PPDS

Sasaran : Semua Guru Besar di sekolah-sekolah di Seberang Perai Selatan

Objektif :
1) Perbentangan Data Literasi dan Numerasi S6, Tahun 2012
2) Menyebarkan maklumat tentang Program LINUS 2.0
3) Konsep Pelaksanaan LINUS 2.0, NKRA 2013
4) Isu/masalah pelaksanaan Program LINUS 2.0 di sekolah
5) Penyerahan Instrumen Saringan 1 (Menulis & Bertulis)