Ahad, 24 Julai 2011

Lawatan Bimbingan FasiLINUS PPD Selatan ke Sekolah-sekolah SPS

Selaku penggerak Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di peringkat PPD, kami telah menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai Khas Kurikulum di PPD Selatan. Oleh itu, kami telah membuat lawatan bimbingan 4 hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis ke sekolah-sekolah dibawah seliaan kami.

Ownership Peringkat Daerah, Tn. PPD Selatan juga turun ke sekolah melihat perjalanan Program LINUS di peringkat sekolah.

Pihak Pentadbir sekolah senantiasa memberikan kerjasama yang baik bagi Program LINUS di peringkat sekolah.

FasiLINUS memberi bimbingan kepada Guru LINUS dan murid LINUS. 

FasiLINUS juga akan membimbing dalam pentadbiran dan pelaksanaan saringan.

FasiLINUS sedang membuat TAJA LINUS kepada murid arus perdana.

Selain membimbing guru LINUS, FasiLINUS juga akan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah berkenaan dengan Program LINUS.
Segala apa yang telah kami jalankan sepanjang penubuhan Program LINUS ini, akan kami teruskan untuk membantu dan membimbing murid, guru, sekolah dan juga PPD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan